Wednesday, August 4, 2010

Cerita Hati

Ini cerita bukan pasal ubat nyamuk. Bukan pasal penghalau lipas. Dan bukan pasal boxer baru basuh. Tapi cerita pasal seseorang.

Dulu saya dengan dia memang akrab. Hubungan kami bukan sekadar kawan. Ke-inteam-an kami tidak buleh dipersoalkan. Hampir setiap malam kami bersama. Saya tengok dia, dia tengok saya balik. Kami saling tengok-menengok.

Namun begitu atau akan tetapi, segalanya tak berjalan lancar. Dia mula berubah. Dia suka buat bunyi pelik-pelik. Saya marah dan pukul dia dengan tanda sayang, dia ok balik. Tapi tak lama. Dia buat hal lagi. Saya kata dia mengada. Tapi takde efek. Saya pukul dia kuat-kuat. Saya hentam kepala dia di bucu meja study saya sambil pegang kakinya dan hantukkan lutut kanannya pada lutut kirinya. Dia diam dan saya pun diam dengan rasa bersalah. Saya tegur dia, usap dia, gigit telinga dia, tapi dia tak respon. Saya ingat dia dah mati. Rupanya dia memang dah mati.

Takpelah, buleh cari orang lain.

gambar menunjukkan seorang headphone yg telah mati akibat lututnya dilagakan

3 comments:

vanillavengeance said...

x taw gapo..hahah

Mohd Shazni. said...

bungo..memulakan cerita matangnye..haha

Shamil Gunsō said...

sek mg ah tok tahu gapo..lawl